PENYANYI terkenal Justin Bieber mengakui keputusannya berkahwin dengan Hailey Baldwin empat tahun lalu demi meredakan tekanan tetapi sebaliknya yang berlaku apabila dia mengalami gangguan emosi.
Menerusi wawancara bersama Apple Music, Bieber, 28, berkata, perkahwinan ternyata tidak berkesan menghapus tekanannya.
“Perkahwinan buatkan saya alami gangguan emosi. Saya fikir semua masalah akan selesai, namun ternyata tidak,” katanya.
Bieber juga berdepan trauma dan rasa bersalah kerana seolah-olah membohongi isterinya pada ketika itu.
Bagaimanapun, dia perlahan-lahan keluar dari perasaan tersebut kerana yakin keputusan berkahwin adalah tepat.