fbpx

Gara-gara tertumpah sisa makanan, pak cik ‘dimaki’ depan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang pengguna TikTok yang menceritakan semula situasi apabila seorang pak cik dimaki oleh seorang pelanggan disebabkan terkena sisa makanan.

PETALING JAYA – “Orang Melayu makin hilang adab.”

Itulah antara luahan pengguna TikTok, Eriana yang kesal dengan tindakan seorang lelaki Melayu apabila sanggup memaki seorang pekerja pembersihan di medan selera sebuah pusat beli-belah.

Menurut Eriana, kejadian tersebut berlaku disebabkan pekerja berkenaan yang juga seorang pak cik secara tidak sengaja terlanggar pelanggan lelaki tersebut sehingga menyebabkan sisa makanan terkena pada baju Melayunya.

Tambah Eriana, dia juga berasa sedih melihat situasi tersebut kerana tiada lagi rasa hormat pada orang tua dalam diri sesetengah masyarakat pada zaman ini sehingga sanggup memalukan orang lain di khalayak ramai.

“Pak cik ini orang Bangladesh, aku tak sampai hati daripada awal datang, terkesan sebab dia kena maki dengan orang Melayu.

“Aku terkesan sebab dia bawa troli kutip pinggan, lepas itu terlanggar seorang lelaki Melayu ini kira-kira berusia 40-an dan kena marah sebab baju Melayu yang dia pakai kotor kena sisa makanan tertumpah,” katanya.

Jelasnya lagi, pak cik tersebut telah meminta maaf kepada pelanggan berkenaan, namun tidak diendahkannya.

“Lepas itu, pak cik itu terus minta maaf, tapi tetap kena marah dan dia cepat-cepat kemas atas meja.

“Dia siap tinggal troli jauh lepas kejadian itu dan angkut pinggan ke troli, risau terlanggar orang lain lagi,” kongsinya.

Bagaimanapun, Eriana memaklumkan dia tidak sempat merakam situasi tersebut dan hanya berkongsi semula kejadian yang berlaku sebagai peringatan bersama untuk lebih menghormati orang lain tanpa kira umur dan bangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI