PETALING JAYA – Kematian seorang ibu muda kepada empat orang anak di sebuah rumah flat di Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad minggu lalu telah membongkar kisah penderitaannya selama ini yang dipercayai sering didera suaminya. Adik perempuan kepada ibu muda itu mendakwa, berdasarkan cerita daripada anak kakaknya itu, bapa mereka dipercayai sering memukul wanita yang berusia 28 tahun tersebut sehingga mereka menangis ketakutan. Bagaimanapun, adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Aliya memberitahu, kejadian tersebut langsung tidak diketahui oleh keluarga ketika itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya