fbpx

Bukan 35, tapi Lee Ga-ryeong sebenarnya 43 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE GA-RYEONG

SELEPAS bertahun lamanya, aktres Lee Ga-ryeong tampil membuat pendedahan mengejut apabila mengakui bahawa usia sebenarnya bukan 35 tahun seperti tertulis dalam profil peribadinya.

Sebaliknya kata pelakon itu, dia dilahirkan pada 1980 dan bermaksud tahun ini dia sudah pun berusia 43 tahun (mengikut tahun Korea).

Ujar Ga-ryeong, selama ini dia bukan berniat menyembunyikan hal sebenar dari umum, namun tidak berkesempatan membetulkan fakta tersebut dalam profilnya.

“Ketika bekerja sebagai model, orang tukar umur untuk sesuaikan dengan keadaan tidak formal. Jadi maklumat itu sudah ada dalam internet dan jadi rasmi tanpa pengetahuan saya.

“Tetapi saya tiada peluang nak betulkan fakta itu memandangkan agak lama saya berehat termasuk tidak bernaung dengan mana-mana agensi.

“Sekarang sudah ada syarikat pengurusan dan selepas drama Love ft. Marriage & Divorce musim ketiga tamat, barulah saya boleh tukar,” jelasnya.

Sebelum ini, Ga-ryeong memulakan debut dalam dunia lakonan menerusi drama A Gentleman’s Dignity pada 2012 sebelum kemudian menghilangkan diri selepas berlakon dalam beberapa buah naskhah selepas itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI