fbpx

21 maut, 3,343 kemalangan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Shariat.

SHAH ALAM – Sebanyak 21 kematian dan 3,343 kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 18 di Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Azman Shariat berkata, jumlah itu merangkumi sebanyak 319 kes kemalangan yang dicatatkan pada hari terakhir operasi berkenaan semalam.

“Pemerhatian kita mendapati kes yang direkodkan sepanjang 10 hari Ops Selamat sempena Aidilfitri kali ini menurun berbanding tahun sebelum ini.

“Segala maklumat lanjut mengenainya akan diperincikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed kelak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Azman menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memfokuskan pemanduan bagi mengelak berlaku kemalangan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI