fbpx

Vaksin berasaskan tumbuhan berkesan melindungi 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS di syarikat bioteknologi Kanada, Medicago yang membangunkan vaksin Covid-19 berasaskan tumbuhan. - Medicago

OTTAWA, Kanada – Sekumpulan saintis dari Kanada mendedahkan penghasilan sejenis vaksin Covid-19 berasaskan tumbuhan yang berkesan 70 peratus melindungi daripada lima jenis varian, lapor laman berita India Today, kelmarin.

Hasil keberkesanan itu diperoleh daripada keputusan ujian klinikal manusia bagi menguji pencegahan penyebaran virus tersebut.

Vaksin yang dibangunkan oleh penyelidik di syarikat bioteknologi Kanada Medicago mengandungi zarah seperti coronavirus (CoVLP) yang dihasilkan dalam tumbuhan yang digabungkan dengan adjuvant (ASO3) yang membantu vaksin berfungsi dengan lebih baik.

Percubaan fasa tiga vaksin itu dijalankan di 85 pusat melibatkan 24,141 orang dewasa yang secara rawak ditugaskan untuk menerima dua suntikan intramuskular sama ada vaksin CoVLP+AS03 atau plasebo dengan selang masa 21 hari.

Para penyelidik mengesahkan kehadiran virus Covid-19 melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) dalam 165 peserta.

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM), menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin adalah 69.5 peratus terhadap sebarang gejala Covid-19 yang disebabkan oleh lima varian.

Dalam analisis statistik, keberkesanan vaksin adalah 78.8 dan 74.0 peratus terhadap penyakit sederhana hingga teruk dan antara mereka yang negatif pada permulaan jangkitan.

“Vaksin CoVLP+AS03 berkesan dalam mencegah Covid-19 yang disebabkan oleh spektrum variasi dengan keberkesanan antara 69.5 peratus terhadap jangkitan simptomatik hingga 78.8 peratus terhadap penyakit sederhana hingga teruk,” kata penulis kajian itu.

Dalam kumpulan vaksin, tidak ada kes teruk disebabkan Covid-19.

Beban virus median untuk kes terobosan adalah lebih 100 kali ganda lebih rendah dalam kumpulan vaksin berbanding kumpulan plasebo.

“Kesan potensi teknologi berasaskan tumbuhan ini dalam wabak semasa akan sangat dipengaruhi oleh evolusi wabak itu sendiri.

“Bagaimanapun, ketersediaan dan pembangunan lanjut platform ini mempunyai implikasi penting untuk kesediaan wabak akan datang, “tambah penulis kajian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI