fbpx

Sumbat 20 PATI warga Myanmar dalam van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 20 orang PATI warga Myanmar ditahan di dalam sebuah van di tepi jalan Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas hari ini. - Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk tiga wanita dicekup selepas van yang dinaiki mereka ditahan di tepi jalan Kampung Banggol Chicha di sini pagi tadi.

Anggota polis melihat kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rondaan rutin pada pukul 6.15 pagi di simpang tiga Kampung Lubuk Kawah di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya mengarahkan pemandu van berhent, namun lelaki berusia 21 tahun tersebut memecut kenderaannya.

Menurutnya, anggota polis mengejar van itu sebelum dapat ditahan kira-kira tujuh kilometer dari simpang tiga tersebut.

“Pemeriksaan di dalam van itu mendapati 20 PATI warga Myanmar termasuk tiga orang wanita berada di dalamnya. Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Pemandu van itu berperanan sebagai tekong darat yang membawa PATI ke negara ini. Suspek mempunyai tujuh rekod jenayah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI