fbpx

Atlet kecewa Sukan Asia 2022 ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN Sukan Asia Hangzhou 2022 terpaksa ditunda disebabkan peningkatan penularan wabak Covid-19 di China ketika ini. – AFP

NEW DELHI – Penjaga gol pasukan hoki lelaki India, P.R. Sreejesh meluahkan rasa kecewa selepas temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang sepatutnya berlangsung pada September depan terpaksa ditangguhkan.

Temasya sukan berprestij empat tahun sekali itu terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan selepas China selaku penganjur menyatakan kebimbangan terhadap penularan baharu wabak Covid-19 di negara tersebut.

Walaupun kecewa dengan keputusan itu tetapi Sreejesh memahami tindakan tuan rumah yang terpaksa mengambil langkah sedemikian memandangkan keselamatan serta kesihatan semua pihak sentiasa menjadi keutamaan.

“Sudah tentu ia satu kekecewaan yang cukup besar buat kami selepas Sukan Asia terpaksa ditangguhkan. Kami juga sebenarnya sudah menjangkakan perkara ini jika mengambil kira keadaan di China.

“Walaupun kecewa tetapi kami tetap melihat dari sudut positif kerana ia memberikan pasukan lebih banyak masa untuk melakukan persediaan sebelum Sukan Asia berlangsung semula,” katanya.

Selain India, beberapa atlet daripada negara Asia yang lain antaranya jaguh renang dunia dari Singapura, Joseph Schooling pastinya kecewa dengan penundaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan perancangan program latihan mereka.

Memandangkan China menerapkan dasar sifar Covid-19, penangguhan itu dilihat sebagai langkah selamat meskipun Hangzhou sudah menyiapkan 56 venue pertandingan yang bakal digunakan pada Sukan Asia dan Para Asia tahun ini.

Bagaimanapun, China yang masih mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk kuarantin kendiri serta program ujian swab berskala besar menjadi pendorong kepada penangguhan itu.

Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang sepatutnya berlangsung bulan depan di Chengdu selepas ditangguhkan tahun lalu, mungkin ditunda buat kali kedua, manakala Sukan Remaja Asia di Shantou pada Disember nanti pula hampir pasti akan dibatalkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI