fbpx

Rumah terbuka PM, Jemaah Menteri meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Seawal pukul 7 pagi, orang ramai terdiri daripada pelbagai kaum dan agama selain warga asing membanjiri Kompleks Seri Perdana di sini bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri.

Pengunjung beratur beramai-ramai mengikut giliran di bawah kira-kira 20 khemah yang disediakan di luar pintu masuk Kompleks Seri Perdana manakala untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU), mereka dibenarkan masuk melalui laluan khas.

Majlis tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang, tetapi pengunjung dibenarkan masuk lebih awal sekali gus tidak perlu menunggu lama sehingga pukul 10 pagi.

Tinjauan mendapati, kira-kira pukul 9 pagi kehadiran pengunjung semakin meningkat dan keadaan di pintu masuk berjalan lancar serta terkawal dengan kehadiran pihak berkuasa dan petugas melicinkan pergerakan.

Kemudian, pengunjung terus bergerak masuk ke khemah utama yang menyediakan pelbagai juadah kepada orang ramai selain berpeluang bertemu Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Kira-kira pukul 10 pagi, Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di khemah utama dan sempat beramah mesra dan bersalam bersama rakyat yang sedang menikmati hidangan di meja disediakan.

Beliau dan isteri serta Jemaah Menteri yang lain bergerak ke pentas utama untuk beramah mesra dengan orang ramai yang menunggu dengan beratur mengikut giliran untuk bertemu dengan pemimpin negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI