fbpx

Pengawal keselamatan maut dalam kejadian langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 44 Jalan Alor Setar – Butterworth berdekatan Kampung Sungai Tok Pawang, Bedong dekat sini, pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang pengawal keselamatan wanita maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kejadian langgar lari di Kilometer 44 Jalan Alor Setar – Butterworth berdekatan Kampung Sungai Tok Pawang, Bedong dekat sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu,  Zaiton Ismail, 49 yang beralamat di Taman Lembah Jerai, Gurun, dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan dipercayai membabitkan tiga jenis kenderaan iaitu sebuah lori, sebuah motosikal jenis Honda RS150R  dan sebuah kereta Perodua Kancil.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Gurun ke Bedong sebaik tiba di tempat kejadian dalam suasana gelap telah berlaku perlanggaran antara bahagian hadapan sebuah lori.

“Kereta Perodua Kancil yang datang dari arah sama dengan motosikal terbabit selepas kemalangan tersebut, terkejut melihat satu objek di hadapannya dan mengelak ke kanan sekaligus menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan bertentangan,” jelasnya ketika dihubungi.

Katanya, tiada sebarang kesan yang menunjukkan jenis kenderaan yang melanggar mangsa dan arah pergerakannya namun berdasarkan kerosakan motosikal mangsa pihaknya percaya kenderaan terbabit adalah sebuah lori.

“Kemalangan tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Perodua Kancil tidak cedera,” ujarnya.

Beliau berkata usaha mencari dan mengesan kenderaan yang melanggar mangsa masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI