fbpx

Juventus berpotensi hilang status gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VLAHOVIC (tengah) mempamerkan prestasi mengecewakan ketika Juventus tewas mengejut 1-2 kepada Genoa dalam aksi Serie A awal pagi semalam. – AFP

GENOA – Bekas juara 36 kali Serie A, Juventus perlu merombak skuad utamanya berdasarkan prestasi mengecewakan yang dipamerkan jika mahu kembali bersaing pada musim depan.

The Old Lady gagal menjulang gelaran Scudetto buat musim kedua berturut-turut, malah te­rus kempunan untuk menamatkan penantian ­memenangi Liga Juara-Juara sejak bergelar juara Eropah pada 1996.

Terbaharu, Juventus sekali lagi membangkitkan kemarahan para penyokong apabila melepaskan dua gol lewat kepada Genoa untuk merekodkan kekalahan 1-2 pada aksi Serie A di Stadio Luigi Ferraris awal pagi semalam.

Penyerang, Dusan Vlahovic antara nama yang menjadi sasaran peminat ekoran prestasi hambar apabila sekadar me­lakukan satu percubaan sahaja sepanjang 90 minit aksi itu.

Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri tampil mempertahankan Vlahovic yang tidak berpuas hati selepas dia digantikan oleh Alvaro Morata.

“Saya pernah menjelaskan teknikal permainan Vlahovic tetapi saya diserang seperti saya merosakkannya. Kadang-kadang para peminat berpura-pura tidak faham penjelasan saya.

“Reaksi ini normal kerana dia kecewa tidak menjaringkan gol. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang bagus buat dirinya untuk perlawanan selepas ini,” katanya.

Juventus berjaya mendahului menerusi Paulo Dybala sebelum Genoa bangkit meledak dua gol lewat melalui Albert Gudmundsson dan Domenico Criscito pada minit ke-87 serta 96 untuk memenangi aksi tersebut.

The Old Lady mungkin tidak lagi dilabel sebagai kuasa besar bola sepak Itali jika mereka gagal memenangi sebarang trofi musim ini dengan peluang ter­akhir adalah menewaskan AC Milan pada final Piala Coppa Itali minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI