BULAN baik, apa salahnya kita jaga tutur kata. Jangan bercakap perkara-perkara yang boleh menyakiti hati orang lain.
Tak pasal-pasal dah dapat malu apabila nama diviralkan.
Diva bercakap mewakili cef selebriti terkenal iaitu Datuk Fazley Yaakob apabila dia naik angin dengan seorang netizen gara-gara menegur isterinya menindik hidung.
Kata netizen itu, tak manis seorang wanita lebih-lebih lagi bergelar ibu kepada beberapa orang anak bergaya dengan tindik pada hidung.
Panas hati dengan komen tersebut, Fazley membidas kata-kata netizen itu dan menyuruhnya supaya tidak menjaga tepi kain orang lain serta usah menyibuk tentang isterinya.
“Suka hati dialah (isterinya). Kau apa hal? Bini aku. Sudah, pergi main jauh-jauh. Jangan sibuk hal orang di sini. Pergi sambut raya diam-diam,” balas Fazley.
Nampak marah betul Fazley apabila ada orang menegur isterinya. Buat netizen semua, nak menegur tak salah, tapi kalau boleh ‘pm tepi’. Tak adalah nama sendiri viral nanti.
DIVA: Meriah dan cantik betul persalinan Che Ta sekeluarga ketika Aidilfitri.