fbpx

Guardiola sentiasa dahagakan kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA enggan menjadikan kegagalan aksi Liga Juara-Juara sebagai halangan untuk memenangi gelaran EPL musim ini. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menggesa barisan pemainnya agar segera keluar daripada episod kekecewaan di pentas Eropah dengan mengembalikan fokus sepenuh­nya kepada misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Citizens akan melayan kunjungan Newcastle United di Stadium Etihad malam ini dan hanya kemenangan mampu membolehkan skuad juara bertahan itu menjarakkan diri de­ngan Liverpool yang kini hanya dipisahkan satu mata di tangga kedua.

“Mungkin saya tidak cukup bagus untuk membantu pasukan. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku, kami tidak akan mengalah dan akan terus mencuba dengan lebih bagus musim depan.

“Kekalahan kepada Real Mad­rid di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara sama sekali tidak mematahkan semangat saya. Sebaliknya, ia menjadikan saya semakin dahagakan kejayaan,” kata Guardiola.

Walaupun perit untuk mene­lan kekalahan di tangan Real, namun pengurus dari Sepanyol itu menganggap kekecewaan tersebut mampu menjadi pembakar semangat buat mereka tampil lebih baik dalam baki empat perlawanan selepas ini.

Guardiola merasakan pe­ngalaman mengecewakan di pentas Eropah akan membantu City keluar daripada zon selesa dan menjadikan kelab itu lebih baik pada masa depan.

“Bagaimana kami mahu melupakannya? Sebenarnya kami tidak perlu melupakan kekecewaan itu kerana fokus kami sekarang adalah aksi menentang Newcastle.

“Apa yang berlaku di Madrid akan membantu kelab ini pada masa akan datang. Ia bagus untuk kami kerana kekalahan itu akan menjadikan pasukan ini lebih baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI