KEGEMBIRAAN Aeril Zafrel menerima kereta mewah daripada isteri tercinta bertukar pahit apabila ada netizen yang membuat andaian bahawa pemberian tersebut hanya sebagai bahan publisiti.
Berasa geram, Aeril berkata, andaian seperti itulah yang membuatkan ‘suasana’ Twitter tidak sama seperti dahulu.
“Sebab apa orang cakap Twitter dah tak sama macam dulu. Sebab orang seperti inilah. Suka sangka buruk dan menjatuhkan orang lain.
“Itu belum lagi konon nak spill tea kemudian sembang seperti tahu semua benda. Kau ingat semua orang nak beli kereta memang kena buat cap jari di Jabatan Pengangkutan Jalan sahajakah?” ciapnya.
Makan dalam ciapan Aeril tetapi ada benar apa yang dikatakan.
Tak semua perkongsian selebriti perlu dipertikaikan. Jika tiada perkara baik, lebih baik diam saja.
DIVA: Teruk betul kesesakan jalan di lebuh raya utama seluruh negara sepanjang minggu ini. Semua beraya sakan di kampung ya?