PETALING JAYA – Penduduk di Pahang dan Sabah dinasihatkan terus berwaspada ekoran amaran ribut petir dan hujan lebat pada petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu diramalkan berlarutan sehingga lewat petang nanti.
“Di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Sabah membabitkan Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” katanya.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE