fbpx

Aidil berang pemain ulangi kesilapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Melaka United, Mohd. Syukri Baharun (kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas oleh pemain KDA FC, Muhammad Syafiq Ahmad di Stadium Darul Aman kelmarin. – SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak kecewa terhadap anak-anak-anak buahnya yang disifatkan tidak habis-habis mengulangi kesilapan ‘budak sekolah’.

Menurutnya, kesilapan itu amat sukar diterima hingga menyebabkan mereka tewas 3-2 kepada Melaka United walaupun dua kali mendahului pasukan dari selatan tanah air itu.

“Semuanya berkaitan de­ngan kesilapan individu dan kami masih belum belajar daripada kesalahan sebelum ini. Selepas mendahului lawan, sepatutnya kami kekal bermain secara mudah dan bijak, namun pemain bertindak sebaliknya dengan sering kehila­ngan bola dan membenarkan lawan mendekati kubu sendiri.

“Ini kesilapan yang terjadi dan terus terjadi dalam setiap perlawanan. Bagi saya, ini sesuatu yang amat sukar di­terima kerana kami melakukan kesilapan bertaraf budak sekolah,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Darul Aman malam tadi.

Pada aksi itu, KDA FC dua kali mendahului menerusi jaringan Ronald Ngah Wanja pada minit ke-19 dan penyerang kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-36, namun kelebihan itu dinafikan oleh dua gol jaringan Ifedayo Olusegun pada minit ke-23 serta minit kecederaan, selain satu gol oleh tonggak tengah, Emmanuel Oti pada minit ke-77.

Mengulas lanjut, Aidil berkata, beliau amat berharap supaya pemain-pemainnya tidak mengulangi kesilapan sebegitu yang membenarkan pasukan lawan memperolehi gol mudah.

“Saya selalu katakan bahawa bola sepak memerlukan fokus selama 90 minit dan apabila anda tidak fokus pada masa-masa tertentu, pasukan lawan akan menghukum kelalaian anda itu. Saya simpati kepada penyokong kerana mereka datang ke stadium untuk memberi sokongan tetapi kita gagal laksanakan tugas sepatutnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI