fbpx

Russia tidak berniat guna senjata nuklear ke atas Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LATIHAN perarakan tentera yang didedikasikan untuk ulang tahun ke-77 Kemenangan dalam Perang Patriotik Besar, di Dataran Istana, St. Petersburg, Russia pada 28 April lalu. - CFP

MOSCOW – Jurucakap Kementerian Luar Russia, Alexey Zaitsev memaklumkan bahawa Kremlin tidak berhasrat menggunakan senjata nuklear dalam operasi ketenteraan khasnya di Ukraine, lapor laman berita India Today, semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas diplomat tertinggi Moscow di Amerika Syarikat (AS) menegur pegawai Barat kerana membuat tuduhan tidak berasas mengenai penggunaan senjata semasa krisis di Ukraine.

“Russia mematuhi prinsip bahawa tidak akan pemenang dalam sesuatu pertempuran apabila melibatkan penggunaan senjata nuklear.

“Asas pegangan nuklear Russia tidak membayangkan sebarang senario yang berpotensi bagi mencapai matlamat ketenteraan Moscow di Ukraine,” ujarnya.

Namun begitu, Zaitsev menambah bahawa Russia sentiasa menjangkakan provokasi dari blok Barat mengenai situasi di Ukraine dan akan sentiasa bersedia untuk sebarang perkembangan dalam ruang media atau secara langsung di lapangan.

Duta Russia di Washington, Anatoly Antonov membidas kenyataan AS yang disebut sebagai ‘sekumpulan maklumat salah mengenai mengenai dasar nuklear Kremlin’.

“Generasi ahli politik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)  jelas tidak mengambil serius ancaman nuklear apabila sering menggunakan isu tersebut untuk membuat provokasi terhadap Russia,” kata Antonov.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov dan speaker parlimen Russia, Vyacheslav Volodin kedua-duanya menegaskan minggu ini bahawa Moscow tidak akan menjadi yang pertama memulakan penggunaan senjata nuklear dalam peperangan ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI