fbpx

Roma makin hampir tamatkan penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO (tengah) tidak dapat menahan sebak selepas berjaya mengemudi Roma mara ke final Liga Konferens Europa musim ini. – AS ROMA

ROM – Ketua jurulatih AS Roma, Jose Mourinho yakin pasukannya mampu menamatkan pe­nantian 61 tahun kelab itu untuk menjuarai kejohanan peringkat Eropah sejak memenangi Piala Inter-Cities Fair pada tahun 1961.

Keyakinan itu hadir selepas Roma berjaya melangkah ke final Liga Konferens Europa musim ini dengan menentang Feyenoord dari Belanda di Arena Kombetare pada 26 Mei depan.

Ia selepas Roma menewaskan Leicester City 1-0 menerusi gol tunggal Tammy Abraham pada aksi separuh akhir kedua di Stadio Olimpico awal pagi semalam sekali gus mencatat kemenangan 2-1 secara agregat.

Mourinho, 59, yang tidak dapat menahan sebak, menyifatkan saingan divisyen ketiga Eropah itu tetap mempunyai nilai sama seperti kejohanan berprestij Liga Juara-Juara.

“Sejak hari pertama saya tiba di sini saya sudah dapat merasakan Roma adalah sebuah kelab yang besar. Malangnya, Roma tidak banyak menang dan kurang juga beraksi di final.

“Kami berjaya membina sebuah pasukan bagus yang sedang meningkat selangkah demi selangkah. Buktinya kami berjaya kalahkan pasukan hebat di Liga Perdana Inggeris (Leicester).

“Sebab itu saya sangat ber­emosi. Saya pernah melalui peris­tiwa yang lebih besar dalam karier tetapi kali ini saya me­lakukannya buat para peminat. Bagi Roma, ini adalah pentas Liga Juara-Juara,” katanya.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah buat Roma kerana lawan di final nanti iaitu Feyenoord berjaya mara selepas menewaskan gergasi Perancis, Marseille 3-2 secara agregat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI