fbpx

Rider buntu, basikal untuk cari rezeki hilang dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan luahan seorang penghantar wanita yang kehilangan basikal untuk mencari rezeki.

PETALING JAYA – Selepas hampir seminggu orang Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, kini tibalah masa untuk mereka kembali ke tempat kerja masing-masing untuk mencari rezeki.

Namun, lain pula dugaan yang terpaksa ditempuh oleh seorang penghantar makanan (rider) apabila basikal yang ditinggalkan di sebuah stesen monorel di Kuala Lumpur hilang.

Menurut wanita terbabit, basikal itu baharu empat bulan dibelinya bagi membolehkan dia bekerja sebagai penghantar makanan sekitar ibu kota.

“Basikal aku hilang, area (kawasan) Monorel Bukit Nanas Kuala Lumpur. Aku tinggal dan kunci di sini untuk cuti raya.

“Aku baru masuk kerja, mereka (pencuri) tinggalkan bakul beg makanan sahaja. Kalau ada sesiapa jumpa tolong bagitahu aku,” luahnya dalam sebuah video klip yang tular di laman Facebook semalam.

Difahmakan basikal wanita itu berharga lebih daripada RM1,000 bergantung kepada jenis dan jenama.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna simpati dengan nasib yang menimpa wanita tersebut dan pada masa sama mereka mendoakan agar basikal itu ditemui semula.

“Dah kak, redha dan sabar jer lah. Mungkin ada hikmah, apapun moga Allah permudahkan segala urusan akak,” tulis Ejan Osman.

“Kesian akak ni, harap ada yang ada duit lebih tu bantu-bantulah akak ni,”kata Azlan Ace.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Redzwan Zaini.

“Macam ada nampak basikal macam ni tengah hari tadi dalam pukul 12 lebih area sentul pasar, yang bawa seorang lelaki dengan pakaian yg agak lusuh.

“Nampak macam matpet (penagih dadah) dia bawa basikal pun dalam keadaan tergesa-gesa, pandang kiri kanan macam dikejar orang,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI