fbpx

Pemandu bas ekspres positif syabu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI trafik menjalankan pemeriksaan mekanikal ke atas bas ekspres Op Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan AADK Perak di Terminal Bas Amanjaya, Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang pemandu bas ekspres ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam Operasi Selamat Ke-18 (Op Selamat 18) sempena Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Amanjaya di sini semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan selepas gagal ujian saringan air kencing yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan awal mengikut Seksyen 31 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Sejak Op Selamat 18 dilancarkan minggu lalu, kita telah mengadakan operasi penguatkuasaan di beberapa terminal bas di seluruh negeri.

“Pemeriksaan terperinci dijalankan terutama membabitkan pemandu dan aspek mekanikal kenderaan bagi memastikan setiap penumpang selamat sampai ke destinasi,” katanya pada Op Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan AADK Perak di Terminal Bas Amanjaya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI