fbpx

Mahkamah tinggi Israel usir 1,000 penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN perkampungan al-Fikheet dalam kawasan di mana Israel mengekalkan kawalan termasuk ke atas perancangan dan pembinaan di Masafer Yatta pada 14 Mac lalu. - AFP

BAITULMUQADDIS – Mahkamah Tinggi Israel telah mengarahkan kira-kira 1,000 rakyat Palestin diusir dari kawasan Tebing Barat bagi membolehkan tanah tersebut digunakan tentera zionis, lapor laman berita The Irish Times, semalam.

Ia adalah salah satu keputusan pengusiran terbesar sejak pendudukan Israel di wilayah Palestin itu bermula pada tahun 1967.

Kira-kira 3,000 hektar Masafer Yatta, kawasan luar bandar di selatan bukit Hebron yang dikawal penuh Israel dan lokasi kepada beberapa kampung kecil Palestin telah ditetapkan sebagai ‘zon tembak’ oleh rejim zionis pada 1980-an.

Israel telah menggunakan kawasan tersebut sebagai latihan ketenteraan di mana kehadiran orang awam adalah dilarang.

Menurut konvensyen Geneva yang berkaitan dengan layanan kemanusiaan dalam peperangan, adalah menyalahi undang-undang untuk mengambil alih tanah yang diduduki untuk tujuan yang tidak menguntungkan penduduk yang tinggal di sana atau untuk memindahkan penduduk tempatan secara paksa.

Israel membantah dengan mengatakan penduduk kampung Masafer Yatta yang tinggal di Zon Tembak 918 bukanlah penduduk tetap di kawasan itu apabila zon tembak diisytiharkan dan oleh yang demikian tidak mempunyai hak ke atas tanah itu.

Keputusan mahkamah tinggi menerima hujah tersebut adalah dengan alasan masyarakat Masafer Yatta tidak dapat membuktikan mereka adalah penduduk sebelum 1980-an.

Keterangan pakar dan literatur yang dikemukakan di dalam mahkamah menunjukkan kawasan itu telah didiami selama beberapa dekad juga telah ditolak.

Para hakim juga menolak dakwaan bahawa larangan pemindahan paksa yang ditetapkan dalam undang-undang antarabangsa adalah adat dan mengikat sebaliknya menyebutnya sebagai norma perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah domestik, demikian menurut peguam hak asasi manusia antarabangsa Israel, Michael Sfard.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI