PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) mulai sesak dan perlahan di beberapa kawasan ketika ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sehingga pukul 11.21 pagi tadi trafik sesak dan perlahan di sepanjang 9.4 kilometer (km) dari km 68.9 hingga km 59.5 (Bentong).
Turut dilaporkan sesak sepanjang hampir 7km dari km 56.6 hingga km 49.1 dari Lentang ke Bukit Tinggi berikutan pertambahan kenderaan.
Sementara itu, trafik dilaporkan lancar di sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) dikedua-dua hala.
Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitternya melaporkan, aliran trafik sesak dilaporkan berlaku di arah Selatan melibatkan laluan Yong Peng Utara ke Yong Peng Selatan (3.9km), Kulai ke Sedenak (16.2km) dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap ke Ayer Hitam ke Jawi (3.1km).
Sementara itu, dilaporkan sebanyak enam kemalangan kereta yang melibatkan laluan Sedenak ke Kulai (30km arah Selatan).-KOSMO! ONLINE