fbpx

Kos sara hidup di Turki melonjak 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai membeli-belah di pasar sayur dan buah di Ankara pada 29 April lalu. - AFP

ISTANBUL – Harga pengguna di Turki melonjak hampir 70 peratus pada April berbanding setahun lalu, mencecah paras tertinggi dalam dua dekad.

Harga makanan dan kelengkapan isi rumah mencatatkan kenaikan paling ketara dalam inflasi tahunan dengan kos pengangkutan meningkat dua kali ganda sepanjang tahun.

Negara-negara di seluruh dunia turut berhadapan dengan krisis kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, Turki berdepan situasi lebih serius disebabkan keengganan presidennya untuk menaikkan kadar faedah, kaedah yang biasa digunakan untuk membantu meredakan inflasi.

Kos makanan dan minuman bukan alkohol menyaksikan peningkatan tahunan sebanyak 89.1 peratus manakala perabot dan kelengkapan rumah meningkat 77.64 peratus.

Bagi harga makanan asas bulanan, harga melonjak 7.25 peratus pada April, demikian menurut data dari Institut Statistik Turki.

Turki telah menyaksikan kejatuhan nilai mata wang lira kerana Presiden Recep Tayyip Erdogan mengutamakan eksport berbanding kestabilan mata wang.

Erdogan menyifatkan kadar faedah sebagai ‘ibu dan bapa segala kejahatan’ dan telah menggunakan lebih banyak dasar yang bukan ortodoks dalam usaha menstabilkan harga termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing.

Bank pusat negara juga berdepan tekanan daripada Erdogan apabila terpaksa mengurangkan kadar faedah kepada 14 peratus daripada 10 peratus sejak September tahun lalu.

Pada bulan lalu, bank pusat berjaya mengekalkan kadar stabil untuk bulan keempat berturut-turut walaupun inflasi melonjak.

Bekas pekerja kesihatan di Istanbul, Tuba Canpolat, berkata keluarganya bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian hanya dengan gaji suaminya sebagai pekerja pembinaan.

“Ia adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk kami hidup dengan gaji £5,000 lira (RM1,469) sedangkan sewa rumah adalah £3,000 (RM880) hingga £4,000 lira (RM1,175),” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI