fbpx

Korban global Covid-19 cecah 15 juta kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan yang memakai Sut Pelindung Diri (PPE) menguruskan mayat pesakit Covid-19 di New Delhi pada 11 Mei 2021. - AFP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan bahawa jumlah kematian global akibat Covid-19 sebenarnya tiga kali lebih tinggi berbanding yang dilaporkan media arus perdana.

Menerusi tinjauan paling komprehensif ke dalam kiraan kematian wabak itu, WHO menganggarkan hampir 15 juta kematian dicatatkan dari awal 2020 hingga akhir 2021.

Sebagai perbandingan, jumlah kematian virus rasmi semasa ialah 6.2 juta dengan satu pertiga yang dicatatkan adalah di Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India, menurut platform berasaskan Universiti Oxford, Our World in Data.

Data ini menunjukkan AS mempunyai jumlah kematian tertinggi manakala Britain di tangga ketujuh tertinggi.

WHO berkata 20 negara termasuk Britain dan AS menyumbang lebih 80 peratus daripada anggaran kes kematian yang tidak direkodkan dalam tempoh dua tahun pertama wabak itu.

Peru mencatatkan lebihan kes kematian paling banyak dengan tambahan 437 kematian bagi setiap 100,000 orang daripada jangkaan sebenar.

AS mempunyai kadar lebihan kematian tertinggi di kedudukan ke-40 dengan catatan 140 bagi setiap 100,000 orang manakala Britain menduduki tempat ke-56 dengan 109 bagi setiap 100,000 penduduk.

Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata bahawa pendedahan angka kematian ‘sebenar’ ini perlu mendorong negara untuk melabur dalam sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan untuk meredakan krisis masa depan.

Para saintis WHO menganggarkan terdapat 14.9 juta kematian yang boleh dikaitkan dengan Covid-19 sepanjang Januari 2021 hingga Januari 2022 tetapi angka sebenar mungkin mencecah 16.6 juta.

Pakar Kesihatan Awam Universiti Exter, Dr. Bharat Pankhania menyatakan bahawa anggaran jumlah kematian Covid-19 pada masa ini hanyalah sebahagian kecil daripada wabak selesema Sepanyol 1918 apabila pakar menganggarkan sehingga 100 juta orang meninggal dunia.

Namun Bharat menyifatkan ia adalah memalukan apabila begitu ramai orang mati akibat wabak ini meskipun hidup pada zaman yang menyaksikan kemajuan ketara dalam perubatan moden.

“Impak kesihatan selesema Sepanyol hanyalah selesema dan kemudian ada beberapa penyakit berkaitan paru-paru. Berbeza dengan Covid-19, ia menjejaskan sistem imunologi berkekalan.

“Kita tidak tahu sejauh mana Covid-19 yang berpanjangan (long Covid) akan memendekkan hayat pesakit dan adakah mereka akan mengalami jangkitan berulang yang akan menyebabkan lebih banyak masalah,” ujar Bharat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI