fbpx

Identiti lelaki rentung kereta terbakar dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Proton Persona yang terbakar selepas terlibat kemalangan dengan Toyota Vellfire di KM 19.4 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Napoh pada kelmarin.

JITRA – Identiti lelaki yang ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 19.4, Lebuh Raya Utara Selatan dekat persimpangan Kampung Nongka, Napoh dekat sini kelmarin dikenal pasti sebagai Muhammad Akhimullah Amaran, 30.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa yang memandu kereta Proton Persona tersebut merupakan seorang pekerja stor.

Katanya, lelaki terbabit beralamat di Taman Masmuda di Kangar, Perlis.

“Mangsa ketika kejadian didapati memakai tali pinggang keledar dan dia bagaimanapun tersepit dalam kereta yang remuk menyebabkannya gagal menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI