fbpx

Hujan lebat, ribut petir dijangka badai 5 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang membadai lima buah negeri pagi ini.

Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi MetMalaysia, antara negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.

Jelasnya, amaran cuaca tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

“Di Terengganu kawasan yang terlibat adalah Kemaman, manakala di Pahang ia melibatkan daerah Kuantan.

“Untuk negeri Johor pula ia melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Melaka ia hanya melibatkan daerah Jasin,”kata MetMalaysia.

Bagi negeri Sarawak pula, MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangka mengalami cuaca berkenaan adalah Miri (Subis).

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI