fbpx

Tetap berkumpul sambut raya dengan anak biarpun sudah berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Iera Nazira ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini

PETALING JAYA – Ibu bapa bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan anak-anak.

Seperti perkongsian Iera Nazira di media sosial, dia menunjukkan suasana di pagi raya sempena lebaran yang disambut bersama ibu bapanya serta adik-beradik lain.

Apa yang membuat ramai sebak adalah dia memaklumkan ibu bapanya telah lama berpisah, namun masih bersepakat untuk meluangkan masa dengan anak-anak sempena hari raya.

“Walaupun mak ayah dah bercerai, tapi tetap beraya bersama anak-anak,” katanya.

Menerusi video yang dikongsi, dilihat ibu bapanya duduk di atas sofa yang sama ketika sesi bersalam-salaman di pagi raya.

Jelas Iera Nazira, dia dan adik-beradiknya menghormati keputusan orang tua mereka walaupun masih berharap agar mereka kembali bersatu.

Susulan video tular itu, ramai yang memberikan reaksi positif serta pujian terhadap ibu bapanya kerana sanggup mengutamakan anak-anak walaupun telah berpisah.

“Bagus ibu bapa awak, mungkin mereka berdua tak mampu untuk hidup bersama, tapi sanggup mengorbankan masa untuk membahagiakan anak-anak,” puji Syafiqah.

Ada juga pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman hidup mereka yang hampir sama dengan keluarga tersebut.

“Samalah ibu bapa saya, mereka sudah cerai semasa saya kecil tetapi ambil keputusan duduk berjiran supaya boleh pantau anak. Mereka kawan baik sekarang,” kongsinya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI