fbpx

Selamba naik atas bonet teropong lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang lelaki menggunakan teropong untuk melihat kesesakan lalu lintas di sebuah lebuh raya

PETALING JAYA – Pelbagai gelagat pelik manusia dapat dilihat terutama ketika berdepan kesesakan lalu lintas yang memakan masa berjam-jam lamanya.

Antara yang mencuri tumpuan adalah perkongsian satu klip video oleh pengguna TikTok, @punisherwrcp yang menunjukkan tindakan seorang warga emas memberhentikan kenderaannya sebelum keluar dan berdiri di atas bonet kenderaan.

Tidak cukup itu, lelaki tersebut juga menggunakan teropong untuk melihat kesesakan lalu lintas.

Tindakan warga emas itu ternyata mencuit hati pengguna jalan raya yang lain dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Kosmo! bagaimanapun gagal mengenal pasti lebuh raya yang menjadi lokasi berlakunya kejadian mencuit hati itu.

“Tengok gaya rasanya pak cik ini bekas askar,” kata pengguna @Neslo.

“Jadi kapten kita sedang teropong untuk mencari jalan alternatif,” kata @Arieffikry.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI