fbpx

Raducanu harap pulih dengan kadar segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU mengakui kecederaan belakang yang dialami sedikit sebanyak memberi kesan terhadap prestasinya sehingga sukar untuk menampilkan permainan sebenar. – AFP. – AFP

MADRID – Pemain sensasi Britain, Emma Raducanu berharap dia sempat pulih daripada kecederaan belakang menjelang kejohanan tenis Terbuka Itali yang akan bermula 10 hingga 15 Mei ini.

Kenyataan itu hadir selepas dia terpaksa melupakan kejohanan Terbuka Madrid lebih awal apabila tewas 2-6, 6-2, 4-6 kepada pemain Ukraine, Anhelina Kalinina kelmarin.

Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu menjelaskan, kecederaan belakang yang dialami memberi kesan terhadap prestasi sehingga sukar untuk menampilkan permainan sebenar.

“Sebenarnya saya fikir hanya ada 5 peratus kemungkinan untuk menang dan ia hampir terjadi. Saya fikir ia adalah sesuatu yang sangat positif.

“Saya memang bergelut dengan kecederaan belakang sepanjang minggu ini. Ia sangat mengganggu rentak permainan saya, lebih-lebih lagi pada perlawanan penting seperti hari ini (kelmarin),” katanya.

Bagaimanapun, pemain berusia 20 tahun itu menaruh sepenuh kepercayaan bahawa dia sempat pulih sepenuhnya untuk menjalani latihan intensif sebagai persiapan ke kejohanan Terbuka Itali nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI