fbpx

Pemandu rentung Proton Persona terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu maut selepas kereta dipandu terbakar dalam kemalangan dengan Toyota Vellfire di KM19.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Napoh malam semalam.

JITRA – Seorang mangsa ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire di Kilometer 19.4 Lebuh Raya Utara Selatan dekat persimpangan Kampung Nongka, Napoh dekat sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti dipercayai tersepit menyebabkan dia gagal menyelamatkan diri ketika kereta jenis Proton Persona tersebut terbakar.

Kejadian menyayat hati itu tular di Facebook apabila terdapat rakaman video memaparkan mangsa menjerit meminta tolong ketika kereta berkenaan terbakar dan difahamkan orang ramai tidak dapat membantu kerana api terlalu marak.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal percaya kemalangan berlaku semasa Toyota Vellfire dinaiki tujuh orang dalam perjalanan dari Kaki Bukit, Perlis ke Selangor dengan melalui jalan Kampung Napoh.

“Sebaik tiba di lokasi, MPV itu membelok ke kanan menghala ke Alor Setar arah selatan sebelum kereta Proton Persona yang sedang bergerak terus dari Changlun menghala Alor Setar tidak sempat membrek lalu terlanggar bahagian tepi sebelah kiri MPV.

“Akibat perlanggaran tersebut, MPV itu terbalik manakala Proton Persona terbabas ke kiri jalan dan terbakar,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu Proton Persona disyaki tersepit dan disahkan meninggal dunia dalam keadaan rentung di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang MPV yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI