fbpx

Musim umrah jemaah luar Arab Saudi berakhir hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TARIKH akhir untuk mendapatkan visa umrah bagi jemaah luar Arab Saudi adalah 15 Syawal (16 Mei). - SPA

RIYADH – Musim menunaikan umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi dilaporkan akan berakhir pada hujung bulan ini, lapor akhbar Arab News. 

Kementerian Haji dan Umrah telah menetapkan 30 Syawal bersamaan dengan 31 Mei sebagai tarikh akhir bagi umat Islam dari luar negara untuk menunaikan umrah.

“Tarikh akhir untuk mendapatkan visa umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi adalah 15 Syawal bersamaan 16 Mei setelah penyelarasan dengan Kementerian Luar Arab Saudi,’’ demikian kenyataan kementerian tersebut.

Tarikh pendaftaran dan penyerahan haji tahun ini pula akan diumumkan dalam masa terdekat melalui saluran-saluran rasmi.

Kerajaan Arab Saudi sedang bersiap sedia untuk menerima jemaah Haji dari seluruh dunia buat kali pertama setelah dua tahun sekatan akibat pandemik Covid-19 bermula awal Julai akan datang.

Jemaah haji tahun lepas dihadkan hanya kepada 60,000 orang yang kesemuanya dari negara itu sendiri.

Bilangan jemaah dihadkan kepada 1,000 orang ketika kemuncak krisis kesihatan global pada 2020.

Pada April lalu, kementerian itu mengumumkan bahawa kerajaan Arab Saudi akan menambah kapasiti jemaah haji tahun ini kepada satu juta orang sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jumlah terbesar jemaah dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, kementerian itu menyatakan bahawa bilangan jemaah yang dibenarkan mengunjungi Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah akan ditentukan dengan pertimbangan kesihatan dan keselamatan kerajaan.

Jemaah haji dikehendaki mengikuti langkah-langkah pencegahan semasa menunaikan haji dan mereka yang berumur di bawah 65 tahun diwajibkan mempunyai imunisasi penuh terhadap Covid-19 oleh vaksin yang diluluskan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI