fbpx

Dorna beri amaran kepada Suzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DORNA mengingatkan Suzuki mengenai perjanjian dalam kontrak yang tidak membenarkan mereka untuk meninggalkan saingan MotoGP. – AFP

PARIS – Spekulasi yang mendakwa pasukan Suzuki akan me­ninggalkan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) nyata mengundang rasa tidak senang pemilik perlumbaan berprestij itu, Dorna Sports.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Dorna memberi amaran kepada Suzuki supaya menghormati kontrak dan tidak meninggalkan saingan MotoGP pada penghujung saingan musim ini.

Dorna juga mengesahkan mereka sudah menghubungi pasukan dari Jepun itu sebaik sahaja khabar angin mengenai Suzuki mahu meninggalkan MotoGP selepas kembali menyertai perlumbaan pada 2015.

“Dorna Sports sudah menghubungi pasukan Suzuki untuk mengingatkan mereka mengenai perjanjian yang dipersetujui dalam kontrak yang mana tidak membenarkan mereka untuk membuat keputusan seperti ini.

“Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat mengenai keputusan Suzuki, Dorna akan membuat pertumbangan mengenai berapa pelumba dan pasukan yang akan bersaing bermula 2023,” kata organisasi tersebut.

Difahamkan, ketua pasukan Suzuki sudah pun memanggil semua ketua pasukan lain bagi mengadakan perbincangan dan mengumumkan keputusan mereka untuk meninggalkan saingan MotoGP pada penghujung musim ini.

Sebagai rekod, Suzuki sebelum ini sudah meninggalkan kejuaraan berprestij itu penghujung musim 2011, sebelum kembali semula empat tahun kemudian yang menyaksikan Joan Mir muncul juara dunia pada saingan 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI