fbpx

Lelaki warga China lemas di Pantai Teluk Kalong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan rawatan awal kepada mangsa yang lemas di Pantai Teluk Kalong, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Kegembiraan lapan pekerja sebuah kilang besi keluli warga China mandi-manda bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya mati lemas di Pantai Teluk Kalong di sini semalam.

Mangsa, Cui Quiming, 37, gagal diselamatkan walaupun rawatan awal diberikan kepadanya dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, Quiming dan seorang rakannya tiba-tiba dihanyutkan arus deras sewaktu sedang seronok mandi bersama enam lagi rakan sekerjanya di pantai berkenaan.

“Rakan lelaki itu (Quiming) berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai tetapi dia terus dihanyutkan arus.

“Mangsa kemudiannya dijumpai seorang nelayan yang kebetulan baru pulang menangkap ikan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zailani berkata, seorang anggota bomba dan pegawai perubatan yang kebetulan berada di pantai berkenaan sewaktu kejadian terus memberi rawatan awal segera kepada mangsa.

Begitupun, Quiming didapati telah meninggal dunia sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI