fbpx

Lelaki terselamat selepas kepala digigit buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIWAN yang menyerang Young mungkin adalah buaya spesies Morelet yang tinggal di habitat air tawar seperti sungai dan paya. - Getty

BELMOPAN, Belize – Seorang lelaki di Belize bernasib baik apabila terselamat selepas kepalanya dibaham oleh seekor buaya ketika sedang memancing, lapor portal berita MailOnline semalam.

Joshua Young, 28, ketika itu sedang memancing menggunakan lembing berdekatan dengan rumahnya di Pulau Caye Caulker pada 8 April lalu. 

Pada mulanya, Young menyangka dia dilanggar sampan sebelum buaya itu cuba membaham dirinya.

“Saya terasa seperti dihimpit sesuatu seperti sampan jadi saya naik ke permukaan air untuk melihat keadaan sekeliling.

“Saya kembali menyelam untuk terus memancing sebelum seekor buaya secara tiba-tiba menerkam kepala saya’’ kata pelayan bar itu. 

Young menggunakan sirip kaki selamnya untuk menghentikan gerakan berputar yang dihasilkan oleh buaya itu dan menghalang tubuhnya daripada diseret sehingga maut.

Lelaki itu menaiki teksi sendiri untuk ke klinik perubatan terdekat tetapi tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan.

Dia mengalami kecederaan parah luka di kepala dan tekak dengan sembilan jari patah dan jantungnya berhenti berdegup semasa pembedahan kerana kehilangan darah.

Young menjalani pembedahan bagi membetulkan tengkorak kepala yang retak dan koma selama lima hari. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI