PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga negeri pagi ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk berkenaan dijangkakan berlarutan sehingga pukul 10 pagi nanti.
“Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Melaka serta Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
“Selain itu, di Johor pula membabitkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE