fbpx

Guardiola gagal hapuskan badi The Citizens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA masih gagal membantu The Citizens menempa kejayaan di pentas Eropah selepas tersingkir pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola meluahkan kekecewaan selepas beliau gagal menghadiahkan kejuaraan utama iaitu Liga Juara-Juara buat gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sejak dilantik pada 1 Februari 2016.

Kegagalan terbaharu itu hadir selepas City tersingkir di peringkat separuh akhir musim ini selepas tewas 1-3 kepada juara 13 kali, Real Madrid pada aksi timbal balik di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Keputusan itu meranapkan impian City untuk melangkah ke final apabila tewas 5-6 secara agregat biarpun terdahulu berjaya merakam kemenangan 4-3 pada separuh akhir pertama di Stadium Etihad minggu lalu.

“Kami tidak beraksi pada tahap terbaik dan inilah yang selalu terjadi apabila anda beraksi di peringkat separuh akhir. Pemain merasai tekanan dan cuba yang terbaik untuk melakukannya.

“Bola sepak adalah satu sukan yang sukar untuk diramal. Kadang-kadang anda perlu mene­rima hakikat walaupun ia amatlah perit,” kata Guardiola.

Biarpun telah melabur berbilion dana untuk menguatkan pasukan dan berhasil meraih pelbagai kejuaraan di peringkat domestik, namun ia masih gagal membantu The Citizens me­nempa kejayaan di pentas Eropah.

Pencapaian terbaik City di pentas Eropah sejak di bawah kendalian Guardiola adalah naib juara edisi musim lalu selepas tewas 0-1 kepada Chelsea.

Kini, para pemain City boleh memberikan fokus sepenuhnya untuk mempertahankan trofi EPL dimenangi musim lalu memandangkan mereka cuma berkelebihan satu mata ke atas Liverpool dalam baki empat perlawanan lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI