PETALING JAYA – Penduduk di pantai timur termasuk Sabah dan Sarawak dinasihatkan berwaspada ekoran cuaca buruk yang dijangka berlanjutan sehingga lewat petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Di Terengganu, hujan lebat diramalkan tertumpu di Besut dan Setiu.
“Selain itu, di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.
Tambah laporan itu, keadaan sama turut dilaporkan di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE