fbpx

Sukan Asia 2022 Hangzhou, China ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKAN Asia yang bakal berlangsung di Hangzhou, China terpaksa ditangguhkan susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19 di negara tersebut.

BEIJING – Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 25 September terpaksa ditangguhkan akibat kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19 di China.

Majlis Olimpik Asia (OCA) menerusi satu kenyataan menyatakan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi penularan baharu di negara tersebut serta status temasya Sukan Asia.

Memandangkan China menerapkan dasar sifar Covid-19, justeru penangguhan itu dilihat sebagai langkah selamat meskipun Hangzhou sudah menyiapkan 56 venue pertandingan yang bakal digunakan pada Sukan Asia dan Para Asia.

Sebelum ini, pihak penganjur mahu menjadikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing yang berlangsung Februari lalu sebagai panduan kerana berjaya dilaksanakan secara gelembung sukan.

Bagaimanapun, China yang masih mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat termasuk kuarantin kendiri serta program ujian swab berskala besar menjadi pendorong kepada penangguhan itu.

Meskipun sudah ditangguhkan, namun masih belum ada tarikh baharu buat temasya sukan empat tahun sekali itu tetapi OCA mungkin akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Selain Sukan Asia 2022, Sukan Remaja Asia yang sepatutnya berlangsung di Shantou Disember depan mungkin dibatalkan kerana pernah ditangguhkan sekali sebelum ini.

Pada masa sama, Sukan Universiti Dunia yang dijadualkan berlangsung bulan depan di Chengdu selepas berdepan penangguhan tahun lalu mungkin akan ditangguhkan buat kali kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI