fbpx

AS catat lebih satu juta korban Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menerima suntikan dos penggalak Covid-19 di sebuah klinik vaksinasi di San Rafael, California pada 6 Ogos lalu. - AFP

WASHINGTON – Korban wabak Covid-19 di  Amerika Syarikat(AS) buat pertama kalinya melepasi angka satu juta orang kelmarin, demikian menurut saluran berita yang mengumpulkan data kematian koronavirus seperti yang dilaporkan  akhbar Metro UK.

Angka mengerikan itu dicatatkan 27 bulan selepas kes pertama Covid-19 disahkan di AS, demikian menurut NBC News yang mengumpulkan data tersebut.

Pada akhir Mac lalu, pegawai-pegawai kesihatan menyatakan bahawa korban satu juta itu dijangka direkodkan dalam masa beberapa minggu lagi.

AS mencatat angka kematian Covid-19 tertinggi berbanding mana-mana negara di dunia dan melibatkan perbezaan yang sangat ketara. Negara yang mempunyai angka korban kedua tertinggi pula ialah Brazil dengan lebih 660,000 kematian.

Pakar perubatan AS, Dr Christopher Murray berkata, angka tersebut sememangnya sudah dijangka.

“Namun, fakta bahawa sebegitu ramai yang mati adalah menyedihkan dan ia jauh daripada berakhir,” katanya kepada NBC News.

Beberapa organisasi pengumpulan data Covid-19 yang lain,  bagaimanapun belum merekodkan angka satu juta kematian tersebut.

Pusat Sumber Koronavirus Universiti Johns Hopkins melaporkan  994,744 kematian setakat kelmarin, manakala 993,341 kematian direkodkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dalam tempoh sama.

Pada masa yang sama, kematian  harian telah menurun, namun sekitar 360 orang meninggal dunia akibat Covid-19 di AS setiap hari.

Angka satu juta kematian yang direkodkan itu juga menyamai populasi bandar ke-10 terbesar di AS iaitu San Jose di negeri California. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI