fbpx

1,278 kes Covid-19, dua kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 1,278 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,454,113 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat tiga kes import yang merupakan jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (719 kes), Kuala Lumpur (152 kes), Melaka (76 kes), Pulau Pinang (65 kes), Perak (41 kes), Kedah (40 kes), Negeri Sembilan (41 kes) dan Johor (37 kes).

“Seterusnya, Sabah (26 kes), Sarawak (24 kes), Kelantan (19 kes), Terengganu (18 kes), Pahang (sembilan kes), Perlis (tujuh kes),Putrajaya (tiga kes) dan Labuan (satu kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,569 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,528 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI