fbpx

1.15 juta kenderaan di KLK dan 570,398 di LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan di Plaza Tol Bentong menuju ke Lembah Kelang melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong semalam.

KUANTAN – Jumlah kenderaan yang kembali ke Lembah Kelang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dan Kuala Lumpur-Karak (KLK) mula menunjukkan trend peningkatan sejak Selasa lalu.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, sejak 29 April hingga petang semalam sebanyak 1.15 juta kenderaan direkodkan dil KLK dan 570,398 kenderaan di LPT1.

“Kita dapat lihat, jumlah kenderaan yang mula keluar daripada Lebuh Raya KLK dan LPT1 ke arah Kuala Lumpur mula meningkat, sekaligus berkemungkinan pengguna mula kembali ke ibu kota memandangkan cuti umum yang diumumkan Perdana Menteri berakhir pada 5 Mei lalu.

“Sehubungan itu, Anih Berhad suka mengingatkan para pengguna untuk tetap mengikuti cadangan jadual perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan mereka,”katanya di sini hari ini.

Menurut Radzimah meskipun jumlah kenderaan menunjukkan peningkatan namun keadaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah sepanjang lebuh raya berkenaan masih terkawal.

Katanya kepatuhan pengguna lebuh raya terhadap TTA sedikit sebanyak menyumbang kepada keadaan kawasan R&R dan hentian sebelah yang terus terkawal.

“Kepatuhan pengguna terhadap TTA yang dikeluarkan juga meningkat kepada hampir 74 peratus berbanding hanya 55 peratus sejak mula diumumkan minggu lalu.

“Anih Berhad menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan di sepanjang perjalanan jika perlu berehat di kawasan R&R dan hentian sebelah lebuh raya,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI