fbpx

[VIDEO] Kejar-mengejar Audi A4, Toyota Wish rupanya ada hutang tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi kejar-mengejar Toyata Wish dan Audi Ahad lalu di Lebuh Raya Utara-Selatan.

SEREMBAN – Dua pemandu kereta yang aksi mereka tular memandu secara merbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan) sejak Ahad lalu rupanya-rupanya berpunca dari salah seorang pemilik kereta yang mempunyai hutang tertunggak.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kedua-duanya
suspek telah hadir menyerah diri iaitu suspek pertama pemandu Audi A4 lebih kurang pukul 9 malam semalam, manakala suspek kedua iaitu pemandu Toyota Wish pula hadir pada pukul 6.45 petang.

Menurutnya, tangkapan dibuat ke atas kedua-dua suspek iaitu pemandu kenderaan jenis Audi A4 iaitu lelaki berusia 36 tahun dan pemandu kenderaan jenis Toyota Wish iaitu lelaki berusia 34 tahun, manakala kenderaan ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil daripada siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu kenderaan jenis Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik kenderaan jenis Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan namun pemandu Toyota Wish enggan berhenti.

“Keadaan itu mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan kejar-mengejar antara kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nanda berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Pada Ahad lalu, kira-kira pukul 8 malam, polis telah mengesan video tular berdurasi 1 minit 40 saat di laman media sosial Facebook yang memaparkan satu kejadian sebuah kenderaan jenis Audi A4 berwarna kelabu bersama sebuah kenderaan jenis Toyota Wish berwarna hitam yang dipandu secara melulu dan merbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan antara kilometer (km) 269 hingga km 238 arah selatan.

Kejadian tular tersebut dipercayai berlaku pada hari yang sama anggaran waktu sekitar tengahari, di mana kedua-dua kenderaan tersebut telah dipandu secara melulu dan merbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) dan memotong di lorong kecemasan.

Bertindak atas maklumat dan rakaman yang diterima, pihak Risikan Operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Seremban telah berjaya mengesan kedua-dua pemilik dan pemandu kenderaan yang terlibat dalam rakaman video tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI