PETALING JAYA – Aliran trafik sesak sepanjang 26 kilometer (km) dari Kuala Linggi ke Seremban ketika ini akibat pertambahan jumlah kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Menerusi laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Twitter memaklumkan, antara laluan lain yang dilaporkan sesak menghala ke selatan adalah 11km dari Simpang Ampat ke Ayer Keroh manakala, sesak sepanjang 21 km dari Pagoh ke Yong Peng.
“Bagi arah ke utara pula, terdapat kemalangan berlaku di Kilometer 353.9 dari Slim River ke Sungkai menyebabkan trafik semakin sesak dan dijangka kelewatan masa perjalanan pengguna lebuh raya tersebut,” jelasnya.
Sementara itu, kesesakan berlaku sepanjang 25 km dari Tangkak ke Jasin menghala ke utara petang ini. – KOSMO! ONLINE