fbpx

PTD rai Syawal bersama anggota di perbatasan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamrose (tengah) mengacau dodol semasa melakukan lawatan ke kawasan operasi TD serta meraikan Syawal di Sabah kelmarin.

PETALING JAYA – Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Zamrose Mohd. Zain telah melakukan lawatan ke kawasan operasi Tentera Darat (TD) di sekitar perbatasan Sabah bagi meraikan Syawal kelmarin.

Kunjungan beliau ini turut disertai Panglima-panglima formasi di bawah naungan Pemerintahan Medan Timur TD.

Markas TD dalam satu kenyataan memberitahu, kawasan operasi yang dilawati ialah di Kem Pulau Berhala, Felda Sahabat 16, Kem JPG Lahad Datu dan Kem Sri Wangsa, Tawau.

Menurut kenyataan itu, pada lawatan tersebut Zamrose turut menyerahkan beg raya yang berisi juadah seperti kuih muih kepada anggota bertugas.

“Selain bertujuan meninjau pos-pos operasi dan melihat tahap kesiapsiagaan, kehadiran PTD juga menyuntik kata-kata semangat pada anggota tentera yang bertugas.

“Pengorbanan mereka melaksanakan tugas di perbatasan demi mempertahankan kedaulatan negara dengan meninggalkan keluarga semasa Aidilfitri sangat besar,” ujar kenyataan tersebut.

Antara pasukan yang terlibat ialah Batalion ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion ke-10 Rejimen Renjer Diraja, Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS) dan 2 RS.

Keseluruhan seramai 4,842 pegawai dan anggota TD bertugas semasa lebaran meliputi sektor-sektor operasi serta penugasan di luar negara.

Ini termasuk operasi gabungan antara Malaysia – Indonesia bagi mempertingkatkan kesiagan kawalan persempadanan daratan dalam membendung jenayah rentas sempadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI