fbpx

Penjawat awam di Kelantan kembali bekerja esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke rumah terbukanya di Kampung Alor Pasir, Tumpat hari ini. - Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Penjawat awam di negeri ini yang bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan kembali bertugas seperti biasa bermula esok selepas perayaan itu disambut awal sehari daripada jangkaan iaitu pada Isnin lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini berikutan kerajaan negeri telah meminda hari kelepasan am atau cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri daripada tarikh asal iaitu pada 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei (Rabu).

Menurutnya, jumlah cuti tiga hari yang diumumkan sebelum ini dilihat cukup mencukupi untuk menyambut Aidilfitri.

“Apabila Hari Raya Aidilfitri disambut lebih awal, kita terpaksa menariknya (cuti) menjadi tiga hari. Kerajaan juga telah mengisytihar perkara tersebut.

“Insya-Allah kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini jika ia berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan di rumahnya di Kampung Alor Pasir di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI