fbpx

Mira akan guna pengalaman hamil dalam lakonannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semoga urusan bersalin nanti dipermudahkan.

PETALING JAYA – “Rupa-rupanya pengalaman hamil tidak seindah lakonan.”

Demikian perkongsian aktres popular, Mira Filzah yang berpendapat pengalaman hamil anak pertamanya sangat berbeza dengan lakonan dia sebagai ibu mengandung dalam beberapa drama sebelum ini.

Berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan anak sulungnya, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, itu memberitahu pernah melalui situasi tidak larat untuk mengangkat beg tangannya sendiri.

“Semasa tengah aktif berlakon, hampir setiap drama perlu berlakon menjadi wanita hamil. Rahsia Hati Perempuan, Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda. Selalu terfikir, macam mana rupa ketika benar-benar mengandung nanti.

“Rupa-rupanyanya tak seindah lakonan. Nak angkat beg tangan pun rasa penat dah apatah lagi waktu berlakon hamil dulu, angkat budak seberat 10 kilogram dalam sebuah babak. Tipu betul,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Sudah melalui realiti sebenar wanita hamil, pelakon filem Sangkar itu akan mengaplikasikan semua pengalamannya sekiranya melakonkan semua babak ataupun watak sebagai ibu mengandung.

“Belum lagi apabila berlakon tiba-tiba rasa nak terberanak dan bersalin.

“Ada jerit jerit panik! Akan saya gunakan pengalaman sebenar nanti dalam lakonan,” ujarnya.

Terdahulu, dia pernah memberitahu akan melahirkan bayi sulungnya pada bulan ini.

Malah, Mira juga dikhabarkan bakal menimang cahaya mata lelaki selepas kerap memuat naik emoji berupa bayi lelaki dalam beberapa hantaran Instagramnya.

Sebagai info, bekas pengacara Nona itu mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI