NEW DELHI – Seorang lelaki di India mengahwini tiga teman wanitanya secara serentak dalam majlis perkahwinan masyarakat pribumi yang berlangsung selama tiga hari, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Majlis pada Ahad lalu itu menyaksikan pengantin lelaki memakai ikatan kain di kepala ketika berkahwin dengan tiga teman wanitanya di negeri Madhya Pradesh.
Rakaman menunjukkan empat pengantin berkenaan menari bersama-sama mengelilingi tiang kayu, manakala berpuluh-puluh tetamu yang hadir menyanyi di majlis tersebut.
Lelaki itu juga dilihat menghunuskan pedang sambil diperhatikan oleh enam anaknya. Dia dilaporkan menjalinkan hubungan dengan tiga wanita itu sejak 15 tahun lalu.
Walaupun poligami diharamkan di India, ia sering diamalkan dalam tradisi suku kaum dalam usaha untuk mendapatkan penerimaan masyarakat.
Poligami adalah sah di beberapa negara seperti Republik Demokratik Congo (DRC) di mana seorang lelaki baru-baru ini berkahwin dengan tiga adik-beradik kembar yang melamarnya secara serentak.
Luwizo berkawin dengan tiga isterinya di di DRC di mana orang ramai bebas untuk berkahwin lebih daripada seorang. – Agensi