fbpx

Jangan sebar maklumat tidak sahih kematian doktor pelatih HPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Pulau Pinang di George Town.

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes kematian seorang doktor praktikal (houseman) di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang ditemui jatuh dari bangunan kediamannya pada 17 April lalu.

Menurut kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Ma’arof Sudin, kes itu adalah di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak polis telah mengarahkan bedah siasat dijalankan.

”JKNPP mengesahkan bahawa mendiang merupakan seorang Pegawai Perubatan Siswazah yang telah melaporkan diri ke negeri Pulau Pinang dan ditempatkan di HPP pada 4 April yang lalu.

“Mendiang telah ditemui jatuh dari bangunan kediamannya pada 17 April lalu dan adalah dimaklumkan bahawa kes ini adalah di bawah siasatan polis yang telah mengarahkan bedah siasat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini dilaporkan seorang doktor pelatih yang menjalani latihan di HPP maut selepas mayatnya ditemui di bangunan di Jalan Datuk Keramat di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes itu disiasat sebagai mati mengejut. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI