fbpx

Jangan beraya dengan tudung ‘kepam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang pengguna media sosial yang berkongsi tips menghilangkan kesan minyak dan peluh pada tudung.

PETALING JAYA – Dalam mendapatkan keselesaan bersama sepanjang meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, diingatkan kepada kaum wanita khususnya untuk sentiasa memastikan penjagaan kebersihan diri temasuklah dari segi pakaian dan luaran.

Ini kerana, kaum wanita berhijab ada masanya akan berpeluh sehingga meninggalkan tompok berminyak pada tudung serta kesan solekan wajah juga mungkin melekat di atas fabrik yang dipakai.

Oleh itu, bau yang kurang menyenangkan akan muncul seperti bau ‘kepam’ sekiranya cara mencuci tudung tersebut tidak dilakukan dengan sempurna dan boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang sekeliling di hari raya.

Perkongsian Zuriaty Musa di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya berterima kasih atas tips menanggalkan kesan capuk berkenaan.

“Ada dua cara hilangkan kesan peluh atau minyak pada tudung.

“Pertama, taburkan bedak serbuk pada bahagian yang berpeluh dan berminyak tersebut, kemudian gosok dan biarkan seketika,” katanya.

Tambah Zuriaty, langkah seterusnya adalah gunakan sabun cecair mandian serta sental sehingga kesan tersebut hilang dan akhirnya bilas dengan air.

“Jemur sehingga kering,” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang pengguna meluahkan rasa kesal apabila dia telah membuang tudungnya disebabkan kesan bau minyak yang tidak hilang.

“Aduhai, baru saya tahu, kesian saya buang tudung sebelum ini, tudung itu kena minyak dan berbau busuk, kalau pakai dengan kepala bau busuk,” luahnya.

Dalam pada itu, Syed Kusyairi juga mengingatkan kaum wanita untuk tidak beraya dengan bau ‘kepam’ apabila memakai hijab.

“Ramai dah saya jumpa wanita bertudung ini bau ‘kepam’, untuk wanita bertudung di luar sana, pastikan anda wangi sebelum berkumpul beramai-ramai waktu raya,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI