PETALING JAYA – Ribuan pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan terpaksa menempuh kesesakan yang luar biasa ketika ini ekoran orang ramai mula pulang menuju ke ibu kota selepas perayaan Aidilfitri.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapannya di laman Twitter melaporkan kesesakan sepanjang 38.8 kilometer (km) arah utara dari Ipoh ke Bukit Berapit sejak pukul 9 malam tadi.
Selain itu, beberapa laluan lain turut terkesan dengan aliran trafik perlahan dan sesak pada malam ini arah ke utara.
Sementara itu, LLM turut memaklumkan kesesakan berlaku melibatkan beberapa laluan arah selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan temasuklah dari Pagoh ke Hentian Yong Peng dan Simpang Renggam ke Sedenak. – KOSMO! ONLINE